Saturday 30 January 2016

ADUN UMNO melepaskan tembakan senjata api di kampung orang asal


Saya sedang mempertimbangkan kemungkinanan untuk merujuk kes ini kepada jawatankuasa pilihan Khas Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri demi mempertahankan maruah dan kemuliaan Dewan Undangan Negeri yang disanjung tinggi.

Saya dimaklumkan pada pagi ini bahawa seorang pegawai penyiasat di Ipoh telah pun diarahkan merakam percakapan saya di IPD Ipoh pada jam 3 petang hari ini 30hb Januari 2016.

Saya menggesa supaya ADUN UMNO tersebut menjawab soalan soalan dibawah dengan segera., demi maruah dan kewibawaan Dewan Undangan Negeri Perak;

Adakah pemilikan senjata api tersebut mematuhi lunas undang-undang?

Adakah pemilikan senjata api tersebut didapati oleh ADUN tersebut sebagai sebahagian daripada hak dan kebebasan beliau selaku seorang ADUN?

Adakah ADUN tersebut terlibat dalam sebarang usaha penyekatan atau halangan pihak penduduk kampung daripada pembuatan laporan polis di Gerik dan Lenggong?

Apakah yang menaikkan kegeraman ADUN tersebut sehingga beliau mengambil tindakan yang berunsur jenayah itu?

Sekiranya didapati dakwaan pihak pengadu adalah benar, adakah ADUN tersebut sanggup meminta maaf secara umum kepada penduduk-penduduk kampung yang telah ditakutkan?

Teks penuh:
===========

Selepas mendapat tahu melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jaringan Orang Asal SeMalaysia - JOAS, menjemput para media menghadiri sidang media di Bukit Aman pada 26hb Januari, tentang kes seorang ADUN Perak yang didakwa telah melepaskan tembakan senjata api di Kampung Sungai Papan- sebuah kampung Orang Asal- saya turut hadir untuk bersolidariti dengan pengadu dan mendapat maklumat yang lebih lanjut.

Kehadiran saya, dan juga rakan-rakan saya dari DAP disambut baik oleh wakil JOAS dan juga pengadu dan saksi kejadian. Mereka turut menceritakan kepada kami secara terperinci, asal usul dan kronologi dakwaan mereka, dan juga memaklumkan kepada kami bahawa mereka akan membuat aduan kepada bahagian tatatertib mengenai cabaran yang dihadapi mereka dalam usaha membuat laporan polis di Gerik dan Lenggong.

Kronologi kejadian;

https://m.facebook.com/notes/center-for-orang-asli-concerns-coac/kronologi-kes-orang-asli-gerik-tidak-dilayan-dan-digertak-oleh-pihak-polis/1047571641953428/?refid=17&_ft_=top_level_post_id.1047571641953428%3Atl_objid.1047571641953428

Setelah rombongan pengadu selesai memberi maklumat kepada para wartawan yang hadir ke sidang media, saya juga diwawancara oleh beberapa wartawan untuk mendapatkan pendirian saya selaku seorang ADUN Perak terhadap dakwaan tersebut, dan saya pun jawab secara terus terang pendirian saya.

Setelah para wartawan selesai dengan partanyaan mereka, dan rombongan pengadu bersedia masuk ke balai, diiringi oleh seorang peguam, saya dan dua orang rakan wakil rakyat juga meminta diri untuk kembali ke parlimen.

Kami juga dimaklumkan oleh JOAS bahawa, selepas laporan tatatertib berjaya dibentangkan kepada Bukit Aman, rombongan itu telah membuat laporan polis terhadap kejadian tembak di sebuah balai polis di Subang, lewat pada malam yang sama.

Sebelah pagi Keesokan harinya, pihak DAP dimaklumkan oleh orang tempatan bahawa penduduk-penduduk kampung Sg Papan berasa bimbang dan takut kerana keadaan yang semakin rumit, ekoran kejadian tembakan. Tambahan lagi, rombongan pengadu telah diminta kembali ke balai polis Gerik, dimana mereka pernah digertak oleh salah seorang pegawai.

Saya, bersama seorang lagi ADUN, iaitu YB Wong May Ing dari kawasan Pantai Remis, membuat keputusan untuk bersama ke Gerik untuk menyambut kepulangan rombongan pengadu, dan mengiringi mereka ke balai polis Gerik.

Pihak pegawai penyiasat telahpun membenarkan saya dan YB Wong mengiringi ketiga-tiga saksi yang berada di tapak kejadian pada waktu kejadian. Kami juga bepuas hati dengan keseluruhan proses pemberian keterangan.

Selepas selesai memberi keterangan, saya bersama YB Wong, membawa rombongan pengadu masuk kembali ke Kampung Sungai Papan. Kami juga mengambil kesempatan untuk menyerahkan sedikit sumbangan makanan kepada penduduk pendudek kampung sebelum bertolak kembali ke Ipoh.

Ekoran daripada bantuan yang saya beri kepada pengadu dan saksi-saksi kes tersebut, saya telah dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan.

Permintaan melalui paggilan telefon pada pukul 1230 tengah hari pada 28hbJanuari, dari pihak pegawai penyiasat, adalah untuk saya hadir di IPD Gerik. Saya telah mencadangkan supaya saya dibenarkan untuk memberi keterangan di Ipoh oleh kerana ia memakan masa yang panjang untuk pergi-balik.

Saya dimaklumkan pada pagi ini bahawa seorang pegawai penyiasat di Ipoh telah pun diarahkan merakam percakapan saya di IPD Ipoh pada jam 3 petang hari ini 30hb Januari 2016.

Ketua Siasatan Jenayah Perak, Goh Kok Liang telah menyatakan bahawa ADUN tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960

Memandangkan bahawa keajdian tersebut, sekiranya berlaku, adalah pada waktu beliau menjalankan tugas sebagai seorang ADUN, saya sedang mempertimbangkan kemungkinanan untuk merujuk kes ini kepada jawatankuasa pilihan Khas Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri demi mempertahankan maruah dan kemuliaan Dewan Undangan Negeri yang disanjung tinggi.

Persoalanan saya terhadap kejadian tersebut adalah seperti berikut;

Adakah ADUN tersebut mangakui dakwaan yang dibuat oleh rombongan pengadu; iaitu bahawasanya beliau telah melepaskan satu das tembakan senjata api di dalam kampong Orang Asal yang telah menakutkan penduduk-penduduk kampong termasuk kanak-kanak, tanpa sebab yang wajar?

Adakah pemilikan senjata api tersebut mematuhi lunas undang-undang?

Adakah pemilikan senjata api tersebut didapati oleh ADUN tersebut sebagai sebahagian daripada hak dan kebebasan beliau selaku seorang ADUN?

Adakah ADUN tersebut terlibat dalam sebarang usaha penyekatan atau halangan pihak penduduk kampung daripada pembuatan laporan polis di Gerik dan Lenggong?

Apakah yang menaikkan kegeraman ADUN tersebut sehingga beliau mengambil tindakan yang berunsur jenayah itu?

Sekiranya didapati dakwaan pihak pengadu adalah benar, adakah ADUN tersebut sanggup meminta maaf secara umum kepada penduduk-penduduk kampung yang telah ditakutkan?

Kesemua soalan-soalan di atas wajib dijawab oleh ADUN tersebut, bukan sahaja demi membersihkan nama beliau dan parti diwakili beliau, tetapi juga demi mempertahankan maruah dan kemuliaan Dewan Undangan Negeri yang disanjung tinggi.