Wednesday 4 September 2013

* Kegagalan Pentadbiran Membebankan Rakyat



Penduduk terkejut MBI naikan cukai taksiran sebanyak 178%

Notis daripada pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang bertarikh 29-Mar-2013 mengenai kenaikan cukai takairan sebanyak 178% telah mengejutkan penduduk yang mendiami kawasan Ipoh.

Mengikut kata penduduk , nilai cukai yang perlu dibayar oleh beliau adalah berjumlah RM852 berbanding RM306 pada masa lalu.

Tarikh akhir bayaran cukai taksiran untuk penggal kedua 2013 adalah 31-Aug-2013, namun banyak penduduk mengadu bahawa rasa tertekan sebab tidak mampu membayar duit tersebut.

Kita boleh melihat keadaan ini telah menambahkan bebanan kepada rakyat, terutamanya ketika negara sedang dilanda kegawatan ekonomi selain kenaikan harga minyak dan barangan.