Teks Perbahasan Titah Duli Yang
Teramat Mulia Raja Pemangku Perak Darul Ridzuan sempena pembukaan Penggal Dewan
Undangan Negeri Perak ke-13 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji Yang
Berhormat Howard Lee Chuan How.
28hb Ogos 2013
Dato’ Yang Dipertua, YAB Dato' Menteri Besar Perak, YB Dato’ Seri Ketua Oposisi
Izinkan saya menjunjung kasih titah Duli Yang Teramat Mulia Raja Pemangku Perak Darul Ridzuan sempena pembukaan Penggal Dewan Undangan Negeri Perak ke-13 pada hari isnin. Saya berasa amat bersyukur kerana buat julung kali diberi peluang untuk mewakili rakyat Pasir Pinji di dewan yang mulia ini. Pada masa yang sama, saya berasa amat bangga kerana dapat melibatkan diri di barisan hadapan politik pada zaman perubahan yang begitu genting kini.
Tuan yang Dipertua
Saya turut menyokong titah tuanku mennghormati
kebebasan rakyat utuk memilih kerajaan, berkarkan semangat demokrasi. Saya rasa
wajib kita berbincang dan berbahas apa mengancam semgat keadilan.
Tsunami di kawasan bandar atau dengan izin, ‘URBAN tsunami' yang berlaku pada PRU13 menunjukkan kepada kita bahawa masyarakat Malaysia pada masa kini tidak lagi dipecahbelahkan mengikut kaum dan agama, tetapi dibahagi dengan kawasan bandar dan luar bandar.
Secara Am dan prinsip dan dasar, warga luar Bandar yang kurang mendapat maklumat, disasarkan oleh pihak pemerintah dengan propaganda yang mengambil kesempatan di atas senario yang telah saya bentangkan tadi, iaitu mengambil kesempatan diatas kekurangan maklumat dan pendedahan oleh masyarakat luar bandar dengan melakukan propaganda dan serangan perkauman bertubi-tubi dan bertali arus terhadap DAP dan PR.
Wang telah ditaburkan oleh bebrapa pihak seolah-olah perbendaharaan negara bagaikan sebuah kilang mencetak wang. Ia telah menjadi sasaran sesetegah pihak dan puak, termasuk BN untuk melebarkan lagi jurang antara masyarakat bandar dan luar bandar untuk memastikan mereka yang kekurangan maklumat diberikan maklumat yang salah dan yang salah maklumat, terus tidak diberi maklumat yang sebenar.
Ini telah dicapai melalui dasar-dasar mereka yg begitu opresif (menindas). Saya lebih percaya kepada prinsip, dengan izin:
‘give the man a fish , you feed them a day; teach a man to fish, you feed them for life'.
(berikan seseorang seekor ikan, anda mengenyangkannya sehari. Ajarkan seseorang kaedah menangkap ikan, anda mengenyangkannya sepanjang hayat)
Selama Barisan Nasional memerintah, mereka telah mengambil pendekatan memberi ikan, kerana hanya dengan mengekalkan keadaan terdesak dalam kehidupan rakyat, mereka dapat mengekalkan kebergantungan rakyat kepada mereka, yakni meneruskan sokongan kepada mereka. Jelasnya, semakin Negara membangun, semakin giat Barisan Nasional mempraktikkan dasar dengan izin, compensation politics (politik pampasan) dan bukan seperti yang sebaliknya diusahakan oleh kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat iaitu politik perjuangan atau dengan izin (conviction politics).
Jangan lah salah faham, bahawa saya tidak setuju dengan pemberian bantuan wang. Ini bukan hasrat saya.
Pada zaman kini, di mana-mana jua, pemerintah-pemeritah dan kerajaan-kerajaan sedang giat untuk membentuk dan menzahirkan pembangunan lestari, dan system sosio-ekonomi yang berdasarkan kemampanan diri. Dasar-dasar yang menggalakkan kebergantungan kepada kerajaan haruslah difikir semula.
Program-program kerajaan tidak boleh lagi terus menerus bergantung kepada pemberian wang bantuan, tetapi haruslah dilengkapkan dengan penambahan ilmu kendiri, agar mereka tidak ketagih kepada bantuan.Dalam masa yang sama juga, ini akan membantu kerajaan supaya tidak lagi ketagih kepada taktik memberi bantuan wang untuk mengekalkan kuasa mereka.
Tuan yang Dipertua
Perkara seterusnya yang ingin saya bahskan adalah Desentralisasi dan penglibatan awam dalam konteks pembuatan dasar pengangkutan awam.
Walaupun kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan adalah daripada parti yang sama, sikap baik sangka saya memberi ruang kepada saya untuk mengandaikan bahawa tidak mustahil jika pihak kerajaan negeri merasa kecewa, dan mungkin juga rasa tertindas, apabila direktif atau perintah diturunkan oleh agensi-agensi kerajaan di putrajaya, yang bercanggah dengan lojik atau tidak masuk akal.
Mengambil contoh, apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang baru-baru ini mengeluarkan perintah larangan kepada bas-bas ekspres daripada mengambil atau menurunkan penumpang dimana-mana melainkan Terminal Amanjaya (TAJ) di Jelapang.
Pendirian saya dan juga pihak oposisi adalah kami menyokong konsep terminal pusat pengangkutan (central transportation hub) tetapi tidak setuju dengan perintah larangan tersebut sebelum perkhidmatan bas pengantara atau dengan izin, (feeder buses) yang mencukupi disediakan untuk seluruh kawasan bandaraya Ipoh.
Saya diantara beberapa individu yang mengambil inisiatif untuk memahami kesusahan yang dihasilkan oleh perintah larangan ini secara lebih mendalam.Apabila penduduk kawasan saya hendak pergi ke Terminal Amanjaya untuk mengambil perkhidmatan bas ekspres ke luar negeri, mereka terpaksa menempuh menanggung yang berikut
• perkhidmatan bas perantara yang tidak konsisten, tidak menepati masa malah tidak mengikut apa apa jadual yang sedia dikongsikan dengan pengguna.Boleh dikatakan, pengguna tidak mempunyai apa-apa sandaran maklumat, hanya bertawakkal kosong.
• Perkhidmatan bas pengantara dari mana-mana kawasan di ipoh hanya disediakan di antara jam 7 pagi dan 7 petang. Waktu-waktu diluarnya, rakyat terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi atau yang lain.
• Masa yang diambil dari mana-mana perhentian bas di Jalan Pasir putih menuju ke Terminal Amanjaya, ketika tiada kesibukan lalulintas adalah satu jam lima puluh lima minit. Memandangkan bahawa jarak perjalanan tersebut tidak perlu melebihi tiga puluh minit, masa yang diambil sedemikian rupa sebenarnya amat tidak munasabah.
• Apabila saya melakukan tinjauan dan penyelidikan sendiri, saya mengetahui dan merasai sendiri kesusahan yang ditanggung oleh anak anak Ipoh akibat perintah larangan SPAD berkenaan.Saya juga turut meninjau sekali lagi TAJ pada pukul 9 malam, dan saya dapati langsung tiada bas pengantara yang disediakan.Manakala harga perjalanan teksi daripad TAJ ke Pasir Pinji, sebelum 12 malam, tidak kurang daripada RM40.Dan diantara Jam 12 malam sehingga 6 pagi, harganya tidak ditetapkan, sebaliknya bergantung kepada pemandu teksi dan ia boleh mencecah tidak kurang daripada daripada RM55.
Masalah pokok yang disedari apabila timbulnya isu ini ada dua peringkat
Peringkat satu, adalah DASAR, dan kemudiannya PERLAKSANAAN yang tidak sempurna.
Sukar untuk saya percaya, bahawa pihak kerajaan negeri tidak menyedari akan wujudnya masalah kekurangan serius bas perantara ke TAJ ini. Dan jika sememangnya kerajaan negeritidak sedar, maka masalah yang kita hadapi sesungguhnya lebih mendalam daripada jangkaan asalnya.Ada pun jika kerajaan negeri sedar tetapi tetap membiarkan pihak SPAD untuk menurunkan perintah larangan berkenaan, ini jelas menunjukkan ketidakupayaan kerajaan negeri untuk membela rakyat yang mengundinya, daripada pemegang kuasa kerajaan Pusat.
Kerajaan negeri mempunyai masa yang cukup panjang, iaitu Daripada 2009 sehingga sekarang untuk berusaha menaik taraf, dan menambah prasarana perkhidmatan pengangkutan awam dari kawasan Bandar ke TAJ, sebelum TAJ dirasmikan pada bulan September 2012.
Malangnya ini tidak berlaku. Sebuah projek yang sepatutnya membawa kesan positif kepada Bandaraya Ipoh, sebaliknya menyusahkan pengusaha bas bas ekspres, dan paling penting sekali, mangsa utamanya adalah rakyat sekeliling Ipoh.
Pada perbahasan yang lebih mendasar, hakikat ini menjadi contoh yang menunjukkan bahawa penetapan dasar oleh pihak kerajaan, baik di peringkat pusat atau di negeri Perak ini, hanya berdasarkan kepentingan beberapa puak namun tidak mempedulikan kepentingan utama rakyat ipoh dalam konteks ini, dan ia mendukacitakan apabila tiada apa-apa mekanisma yang membolehkan penglibatan awam dalam proses pembuatan dasar.
Kekurangan atau ketiadaan secara lansung, penglibatan awam dalam proses pembuatan dasar adalah sesuatu yang amat ketinggalan zaman dan tibalah masanya Kerajaan Perak mengenengahkan budaya pentadbiran yang baru melalui peningkatan penglibatan dan konsultasi awam seperti yang dipraktikkan secara amat memberangsangkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
Satu lagi isu besar yang bersifat dasar, yang boleh ditonjolkan di sini adalah keperluan desentralisasi, penyahpusatan, atau dengan izin (decentralisation). Dengan mengambil contoh negara jiran kita Indonesia, pemerintahan era Suharto mengalami banyak kegagalan apabila penetapan dasar terjadi secara pemusatan, ketika mana kerajaan pusat hakikatnya tidak mampu menyediakan penyelesaian kepada masalah dan keperluan lokaliti yang pelbagai.
Dan selepas terjadinya reformasi desentralisasi, ia telah mengurangkan penetapan keputusan oleh kerajaan pusat ke atas lokaliti. Hasilnya, banyak kejayaan muncul di beberapa daerah, kesan daripada minimumnya campur tangan oleh kerajaan pusat yang tidak mungkin lebih arif terhadap keperluan rakyat tempatan berbanding dengan pentadbir-pentadbir tempatan itu sendiri.
Memetik pengajaran Islam yang amat saya hormati, seperti yang disebut, satu kata-kata
"orang Mekah lebih tahu lorong-lorong Mekah",
yakni penduduk dan pentadbir tempatan lebih mengetahui tentang keperluan, cabaran dan keadaan di daerahnya, justeru pendapatnya mesti dihormati dan diambil kira.
Saya mengharapkan agar kerajaan negeri memerhatikan hal ini secara serius, bagi memastikan keputusan berlogik songsang oleh Putrajaya yang menyusahkan rakyat Ipoh dan Perak tidak berterusan. Marilah bersama-sama kita menyertai kempen untuk memulakan diskusi, wacana dan debat mengenai polisi desentralisasi. Saya harap dengan sikap non-partisan (tidak berdasarkan perbezaan parti) kita dapat memberi tekanan padu kepada kerjaaan pusat untuk mengusahakan desentralisasi dalam beberapa bidang kuasa supaya kerajaan-kerajaan negeri, baik BN atau PR dapat melaksanakan apa yang terbaik untuk rakyat dan masyarakat tempatan mereka, khususnya kepada kita di Perak.
Tuan yang Dipertua,
Sepatutnya, selepas 56 tahun sebagai kerajaan sudah cukup masa untuk, menutupkan jurang impian dan hakikat, untuk menyelesaikan ketidak-seimbangan pendapatan diantara masyarakat Bandar dan masyarakat luar Bandar; diantara satu kaum dan kaum yang lain; di antara satu negeri dan negeri yang lain. Tetapi malangnya tanahair kita yang tercinta ini masih lagi terperangkap dalam kancah politik perkauman anjuran pihak=pihak tertentu.
Pada PRU yang lalu,pelbagai pihak yang menunjukkn perbelahan dengan BN. Semasa kempen, mereka hanya menakutkan masyarakat Cina dengan hudud, dan puak puak pula yang menakutkan orang Melayu dengan momok DAP. Yang sering dilaungkan oleh penyokong dan bebrapa pemimpin UMNO... memecah belahkan bangsa melayu dan PAS sengaja memcahkan Ummah melalui penglibatan mereka dengan cina DAP...
Dakwaan itu sendiri menunjukkan bahawa merekalah yang mememcahbelahkan Masyarakat Malaysia. Lebih malang lagi, sejurus selepas Barisan Nasional memenangi PRU13, Utusan Malaysia terus cuba memainkan sentimen perkauman walaupun Barisan Nasional mendapat keputusan Pilihanraya yang paling teruk dalam sejarah dan kalah undi popular. Di Perak, PR mendapat 55% undi rakyat, begitu jua di seluruh negara. Barisan Nasional harus sedar bahawa majoriti rakyat telah menolak mereka Usahlah bermain politik perkauman dan marilah kita bersama-sama membina Perak yang lebih sejahtera untuk rakyat Perak.
Saya minta dengan segala hormatnya pandangan pihak kerajaan terhadap fitnah dan tohmahan ini dan memohon sokongan bersamaan dari ahli-ahli sebelah sana supaya menolak sekeras-kerasnya pembuatan pembuatan ini.
Tuan Yang Dipertua,
Sebagai seorang yg berdiri di garis depan politik di tanah air tercinta, saya menghormati PAS, dan juga saudara sadari saya dari DAP dan PKR yang beragama Islam kerana mengasaskan perjuangan mereka diatas firman allah dan pengajaran Al Quran. Terdapat juga ramai ahli-ahli yang berhormat yang menganut agama kristian yang mengasaskan perjuangan mereka kepada pengajaran agama mereka. Saya sebagai seorang pemuda yang memeluk prinsip dan falsafah Buddhism.
Tetapi bila kami bincang tentang pentadbiran kerajaan, pembinaan Negara dan negeri, saya berikrar bahawa tiada kitab, buku, atau tulisan yan saya sanjungi, lebih daripada perlembagaan persekutuan Malaysia dan perlembagaan negeri perak. Berdasarkan itu, saya disini merayu supaya ahli ahli berhormat sekalian bersama saya memeluk pendekatan ini, iaitu kembaliliah kepada pendekatan yang sepatutnya mutlak dan tertinggi: iaitu constitutionalism.
Tuan yang Dipertua,
Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk berbahas tentang krisis keyakinan terhadap institusi-institusi penting negara..
Begitu juga dengan SPRM, MACC, yang dahulunya dikenali BPR, ACA dan bermacam-macam perubahan nama kosmetik. Tetapi sehingga hari ini lesu dan tidak berupaya untuk menangkap buaya-buaya dan jerung-jerung besar dalam laut. Yang mereka berani dan boleh tangkap hanyalah ikan bilis dan juga ikan kering yang mahu dihalau dari arena politik.
Polis juga menghadapi krisis keyakinan yang sama daripada rakyat. Kematian secara misteri dalam tahanan dan juga insiden-insiden tembakan yang bermula dengan Allahyarham Aminurashid dan kes 5 kematian menempelak usaha-usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap polis. Tidak perlulah saya menyebut satu per satu kes, cukup-cukuplah dengan kesedihan dan kesengsaraan yang dialami oleh keluarga mangsa-mangsa.
Bukanlah niat dihati kami untuk mengkritik semata-mata, tetapi ia menjadi amanah rakyat untuk kami sentiasa memperjuangkan pentadbiran dan juga Malaysia yang lebih baik. Tiada siapa yang celik mata yang boleh menafikan bahawa Negara kami sedang mengalami sebuah krisis keyakinan dan deficit kepercayaan terhadap institusi awam. Institusi seperti PDRM, seperti Tenaga Nasional, seperti SPR, seperti PBT-PBT, GLC-GLC dan lain lain.
Oleh itu, saya ingin mengesyorkan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini harus mengembalikan kepercayaan awam terhadap institutusi-institusi negara yang telah saya sebutkan.
Saya amat yakin bahawa Pakatan Rakyat akan berlapang dada dan menghulurkan tangan untuk berkerjasama dalam memulih dan mereformasi institusi-institusi awam agar dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat Malaysia dan juga masyarakat antarabangsa. Tanpa pengembalian keyakinan dan kepercayaan, sistem kehidupan dimana kita semua berada, tidak dapat mara depan.
Meskipun ia tugas yang sukar dan panjang, langkah-langkah kecil harus dimulakan demi sebuah Malaysia yang lebih baik Saya minta dan merayu supaya usaha-usaha kami dari pihak oposisi untuk pemulihkan keyakinan tersebut, melalui seminar-seminar dan forum forum awam yang menjemputkan kakitangan dan pegawai awam tidak akan dihalang atau disusahkan oleh tangan-tangan tersembunyi, agar kita dapat mara depan dan mengzahirkan politik yang baru yang saya rasa wajib dilumrahkan.
Tuan Yang Dipertua,
Sebagai isu perbahasan yang terakhir, saya mahu membawakan isu ekonomi setempat. Tuan-tuan YB-YB sekalian, seperti mana yang kita tahu Perak juga mengalami ketirisan bakat dan sumber manusia oleh kerana Perak kurang membangunan dan juga had kepada peluang-peluang pekerjaan kepada golongan kelas menengah yang terpaksa berhijrah ke Lembah Kelang, Penang dan juga ke luar negara.
Saya berharap kerajaan negeri dapat mengatasi masalah ini agar Perak tidak terus ketinggalan daripada arus pembangunan ekonomi negara. Dahulu Perak kita yang tercinta ini merupakan negeri paling kaya di Malaysia tetapi malangnya pada hari merupakan negeri ke3 termiskin. Kita harus berusaha untuk menjadikan Perak lebih menarik kepada pelabur asing untuk menjana ekonomi negeri dan juga peluang pekerjaan kepada anak watan.
Dalam menjadikan Perak lebih menarik kepada pelabur antarabangsa ia merupakan sesuatu yang lebih sukar berbanding dengan usaha-usaha dan inisiatif kerajaan untuk merakyatkan ekonomi negeri yang boleh kita lakukan dengan perbendaharaan kita sendiri untuk menjana ekonomi tempatan.
Saya kira bahawa pasar awam kita merupakan sesuatu yang selama ini dipadang enteng dan kurang diberi perhatian oleh semua pihak. Akan tetapi sesungguhnya, pasar awam kita, tidak kira borong, basah, tani, malam dan sebagainya merupakan tunjang utama ekonomi, sosial, dan politik dalam sebuah masyarakat. Disinilah warga masyarakat berpeluang mencari rezeki, berdagang, berkumpul dan bersosial. Mencari pasangan…..
Saya merupakan seorang wakil rakyat yang percaya akan kepentingan pasar dalam sesebuah komuniti. Apabila kita membeli hasil pasar yang kebanyakannya tempatan, kita membantu sektor dan pengusaha pertanian tempatan, perikanan tempatan, dan ekonomi masyarakat dari skala kecil dan juga menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang cukup meluas bidangnya untuk masyarakat tempatan.
Oleh itu, saya menyarankan kerajaan pada hari ini untuk menyedia dan menyelenggara pasar-pasar di seluruh negeri Perak agar pasar-pasar kita lebih baik, lebih bersih, lebih selamat dan lebih menarik untuk masyarakat.
Tuan Yang Dipertua, Izinkan saya untuk mengakhiri perbahasan saya dengan pantun/puisi:
Gua tempurung ke gunung Lang,
Tanah luas, indah bergunung ganang
Pengkalan hulu ke hutan melintang.
Sumber dirahmati tuhan maha penyayang.
Sungai Manjung ke tasek temenggor
Keindahan alam terancam ada yang hancur.
Inginkan rendang tok, tinjaulah Sungai Perak.
Idamkan Udang galah pergilah Tanjung Tualang
Nak laksa tiada lain lebih lazat dari laksa kual kangsar
Baik jaga sungai dan tanah, baik bahan kelazatan tidak terancam
Alang alang menyeluk perkasam
Biar sampai ke pengkal lenggan
Jangan saja kita dengar dan layan
Usaha giat hari ini demi selamatkan generasi depan
Kemajuan bukannya sekadar teknologi dan pembangunan
Tetapi kebijaksanaan dan kejayaan anak perak yang lestari dan mampan
Sekian. Pasir Pinji mohon renung.