Baru siap bertemu dengan Dato Bandar Ipoh
yang baru, Dato Harun. Suatu perbincangan yg produktif. Di antara topik yg
dibincangkan:
Status pasar Pasir Pinji dan Pasir Putih
dan keuzurannya. Saya meminta Dato Bandar untuk membuat kunjungan bersama
dengan saya supaya dapat memahami secara lebih mendalam cabaran-cabaran yg
dihadapi oleh pengguna dan peniaga.
Isu bekalan air persendirian untuk gerai
gerai di kedua-dua pasar juga diutarakan dan permintaan para peniaga supaya kos
menyambungan paip dan juga perparitan yg diperlui ditanggung oleh MBI selaku
pemilik hartanah.
Kontraktor-kontraktor yg tidak berkesan,
dan adanya yg tidak kerja langsung mengakhibatkan sistem penyampaian MBI
dikutuk keras oleh penduduk. Ia didapati bahawa bukan saja sesetengah ahli
majlis belum dilantik, tetapi sebahagian kontraktor penyelenggaraan juga belum
dilantik. Saya meminta supaya usaha tender dan perlantikan disegerakan dan
senarai kontraktor yg lengkap dipaparkan untuk maklumat dan rujukan semua. Saya
juga meminta supaya senarai butir-butir perhubungan mereka dipanjangkan kepada
pejabat saya.
Saya juga menyerahkan senarai isu-isu dan
aduan-aduan tertentu yg telah pihak kami mengutarakan yg masih belum selesai,
adanya yg kekal begitu semenjak pertengahan tahun 2013. Dato juga akan menyemak
semula dan membuat yg sewajarnya. Pelbagai dan berpulu-puluh isu yg lain,
khususnya masalah longkang sumbat yg telah kami mengemukakan melalui eaduan
juga harus disegerakan khususnya memandangkan wabak denggi yg begitu leluasa.
Isu dasar penyembelihan ayam-itik
bersepadu juga disentuhi dalam perbincangan. Saya mengkongsikan hasil kajian
dan penyelidikan pihak pejabat saya yg membabitkan pendekatan perlaksanaan yg
diambil oleh kerajaan Selangor dengan Dato dan membangkitkan kelemahan proses
perlaksanaan yg kurang sempurna, oleh kerana banyak pihak berkepentingan tidak
dilibatkan. Saya menyeru supaya perbahasan dan pembicaraan yg lebih mendalam
diadakan sebelum perlaksanaan dimajukan.