Thursday, 17 April 2014

- Kehilangan Negarawan Ulung



Perkataan tidak dapat menggambarkan rasa sedih dan terkejut yang dirasai oleh kami di DAPSY Perak atas kehilangan seorang negarawan ulung.

Kesungguhan beliau dalam menegakkan prinsip keadilan sosial dan keazaman beliau dalam memastikan prinsip tersebut terus utuh merupakan faktor asas yang menjadikan beliau seorang jaguh ulung yang tidak dapat diganti.

Karpal telah memberikan segala kepimpinan yang termampu sewaktu hayatnya di dunia. Kepimpinan tersebut telah menyediakan kami satu asas dan jentera yang tidak lekang dimamah usia, krisis mahupun kekalahan, tetapi jua membawa kami ke peringkat yang tidak pernah dibayangkan oleh kami sebagai sebuah parti pada hari ini.

Malangnya beliau tidak lagi bersama kami. Kita harus memastikan semangat dan keazaman beliau untuk terus membimbing kami dari atas. Karpal secara jasad tidak lagi bersama kita, tetapi Karpal seorang ikon, sebuah idea, dan sebuah semangat yang abadi, hanya akan bertambah kuat. DAPSY Perak akan memastikannya.

Seperti mana yang dimahukan Karpal, DAPSY ingin menyampaikan satu mesej keras kepada mereka yang merasakan bahawa pemergian Karpal akan mematahkan semangat perjuangan 'Ubah' yang diperjuangkan Karpal sepanjang hayatnya, "Terdapat sebahagian Karpal dalam setiap seorang daripada kami di DAPSY dan bahagian itu hanya akan bertambah kuat. Jangan main-main!"

Salam takziah buat keluarga dan sahabat Karpal yang pastinya sedang merasai kesedihan yang turut dirasai oleh kami sebagai komrad dan para pejuang dalam keadilan sosial. Kami akan berkabung bersama anda dalam kehilangan seorang peguam jagoan, gergasi politik, bapa, suami, sahabat, pemimpin dan pejuang yang ulung.

Terus tabah, DAP bersamamu, Malaysia bersamamu.