Saturday 16 November 2013

- Soalan Dewan Negeri 25-Nov-2013



Soalan-Soalan Yang Memerlukan Jawapan Lisan dan Bertulis Bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan mulai  25hb November 2013

Tarikh                    :  6hb  November 2013
Daripada               :  Yang Berhormat Ahli Pasir Pinji En. Howard Lee Chuan How

Soalan-soalan yang memerlukan jawapan lisan

1) Pembangunan berdasarkan Perancangan Bandar yang Lestari

Terdapat berbagai kajian yang telah dijalankan yang menyarankan bahawa ‘ the more walkable a  city, the happier the citizens’. Pemikiran Perancangan Bandar yang terkini yang memperjuangkan pertumbuhan dan pembangunan yang lestari (sustainable growth and development), memberi tumpuan kepada beberapa masalah yang amat perlu difikir semulakan dalam konteks Perak.

Pertimbangan harus diberi kepada dasar-dasar perancangan bandar yang berusaha untuk mengawal pemajuan yang tidak lestari dan menambah-burukkan masalah yang sedia ada; fossil-fuel based economy, urban carbon footprint, ketiadaan/ kelemahan sistem pengangkutan awam dan lain-lain.

Apakah usaha pihak kerajaan yang berhasrat untuk menghentikan pemajuan fenomena urban sprawl, dan menggalakkan pembangunan bertingkat di kawasan bandar
Apakah perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang pihak kerajaan untuk meningkatkan walkability and cyclability, Bandar di kesemua Bandar-bandar dan bandaraya Ipoh.

2) Liabilti ditanggung Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri

 Meminta YAB menteri besar untuk menyenaraikan angka-angka yang berikut, kepada kesemua syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk syarikat-syarikat subsidiari yang ber-ekorannya:

a)     Jumlah liabiliti luar jangka (contigent liability)

b)     Jumlah keuntugan/kerugian yang dicatatkan setahun demi setahun untuk temph masa 2009 sehingga sekarang.


3) Pasir Pinji dan Ipoh sebagai “ibu-kota makanan Malaysia”

Memandangkan bahawasanya Ipoh merupakan sebuah bandaraya yang kaya dengan ciri ciri kebudayaan dan kewarisan, yang juga pernah pada suatu masa dahulu digelar ‘Ibu-kota Makanan Malaysia (food capital of Malaysia). Mengambil contoh kawasan sekitar Pasir Pinji dan Pasir Putih yg menempatkan gerai gerai makanan yang bersejarah dan terkenal yg dikunjungi oleh peminat dari negeri berjiranan dan juga pelancong dari merata asia. Mengambil kira juga lokasi berstrategiknya yang begitu dekat dengan lapangan terbang SAS:

a)     Apakah usaha pihak kerajaan negeri untuk meningkatkan prasarana pengangkutan awam dalaman untuk mengoptimakan reputasi tersebut menjelang tahun melawat Malaysia 2014.

b)     Apakah kaedah yang akan diguna oleh pihak kerajaan untuk membantu peniaga-peniaga tersebut untuk menambah mutu dan menaiktaraf agar lebih menarik kepada pelancong tempatan dan asing?

Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan bertulis

1) Batal Pewartaan Status Hutan Simpanan Kekal

Meminta YAB Menteri besar untuk menyenaraikan jumlah keluasan, setahun demi setahun daripada tahun 1990 sehingga sekarang, hutan simpanan kekal yang telah dibatalkan pewartaan statusnya.

2) Perkhidmatan Bas Kawasan Dalaman

Apakah rancangan pihak kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi penduduk penduduk pasir pinji yang bertetap di kawasan dalaman seperti Taman Boon Bak, Kampung Baru Pasir PInji, Kampung Pasir Putih dan lain-lain kawasan jauh daripada laluan utama bas.

3) Pengeratan Perhubugan antara Agama

Memandangkan mesej yang bercanggahan yang dikeluarkan oleh berbagai anggota pihak pemerintah pusat berkaitan dengan kalimah Allah, selain daripada penarikan kritis daripada pemikir dan pakar-pakar agama islam, ramai anak-anak perak berasa keliru. Ramai memercayai bahawa ini adalah akibat kekurangan kefahaman dan perkenalan di-antara penganut-panganit agama masing masing.

a)     Apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kefahaman diantara agama di kalangan anak-anak Perak?

b)     Adakah pihak kerajaan sudi menjalankan dialog antara-agama, untuk meningkatkan kefahaman diantara penganut-penganut agama masing masing?

4) Budaya Pengunaan dan Pembelian Bahan Makanan

Pemikiran “think globally, act locally” khususnya terhadap bahan makanan, mungkin merupakan sesuatu konsep yang agak asing kepada kita rakyat Perak dan Malaysia, tetapi ia tidak begitu di kebanyakan Negara-negara yang lain. Pemikiran ini berhasrat untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan makanan import dan impak alam sekitar, melalui penggalakkan dan pemajuan industri agro, aqua dan lain-lain atau secara amnya, pengeluaran bahan makanan.

Kebanyakan Negara maju dan Negara setaraf kemajuannya dengan kita telah mengzahirkan sifat dan budaya menyayangkan pengeluaran tempatan, khususnya dalam bidang makanan. Di samping sector swasta mempromosikan produk-produk tempatan kepada pelawat dan pelancong, sektor awam turut menjalankan kempen untuk menggalakkan penggunaannya oleh penduduk-penduduk tempatan.

a)     Meminta pihak kerajaan supaya menyatakan peratusan penggunaan runcit (retail consumption)  kepada bahan makanan keluaran ladang-ladang dan penternak-penternak Perak mengikut pecahan seperti jadual berikut:


Peratusan Pengunaan Runcit 
( Retail Consumption Percentage)

Dalam Negeri
Luar Negeri
Luar Negara
Ayam



Ikan



Hasil laut



Daging



Sayur



Buah-buahan



Beras




b)     Apakah program-program,  yang telah dan akan dijalankan oleh pihak kerajaan, tidak kira secara persendirian atau usaha sama dengan NGO dan/atau sector swasta untuk memajukan pemikiran ini?

5) Perbadanan Pemikir Institut Darul Ridzuan

Institut Darul Ridzuan, yang telah diwujudkan semenjak 2005, dengan visi dan misi yang agak menarik, telah disalurkan peruntukkan kewangan dari pihak kerajaan Negeri untuk mencapai beberapa matlamat utama, iaitu:

·         Pengajian dasar kewangan dan social

·         Penasihat strategi kepada sektor swasta

·         Menggalakkan kegiatan pemikiran urus tadbir kerajaan

a) Bertanya kepada YAB Menteri Besar apakah peruntukkan kewangan yang telah di beri kepada Institut Darul Ridzuan, semenjak pertubuhannya pada tahun 2005?

b) Apakah mekanisma yang sedia ada untuk mempastikan kegiatan-kegiatan dan program-program yang diamanahkan kepada Institut Darul Ridzuan adalah berdasarkan kepentingan rakyat Perak dan bukannya untuk kepentingan politik pemegang amanahnya?

c) Meminta supaya YAB Menteri Besar menyatakan kesemua hartanah, dan harga pembelian/penyewaannya yang disewa dan/atau dimiliki oleh Institut Darul Ridzuan Berhad,serta anak-anak syarikatnya.