Wednesday 23 December 2015

UMNO-BN Bunuh Demokrasi Melalui RUU MKN


Barisan Nasional bunuh Demokrasi Malaysia melalui RUU Majlis Keselamatan Negara; 
Parlimen Kesatuan Eropah cadangkan sekatan perdagangan

1. Pada 17 Disember 2015 pula, Parlimen Eropah telah berdebat dan menyerahkan satu resolusi berkaitan situasi semasa di Malaysia. Tidak dapat dinafikan, Akta Majlis Keselamatan Negara telah mendapat perhatian di dalam perdebatan tersebut, selain daripada hal-hal lain yang berkaitan penyelewangan hak asasi manusia di Malaysia.

2. Kesan daripada sesi dialog berterusan antara Ahli-ahli Parlimen Eropah (S&D Group) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) sejak beberapa tahun yang lalu melalui Progressive Alliance[1], Ahli Parlimen Eropah (United Kingdom) Neena Gill akhirnya merundingkan resolusi tersebut.

3. Di samping itu, Parlimen Eropah juga melahirkan rasa bimbang kepada umum tentang RUU Bil Majlis Keselamatan Negara itu dan mereka menggesa kepada penarikannya. Mereka juga menyeru kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk berusaha mencapai keseimbangan antara keperluan keselamatan negara dan perlindungan hak asasi orang awam.


4. Hal yang demikian sangat mendukacitakan apabila para pemimpin di pucuk kepimpinan Regim BN langsung tidak rasa bersalah di atas setiap tindakan mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim, di dalam kenyataan beliau pada hari ini, menolak dakwaan bahawa MKN adalah satu alat pentadbiran kuku besi. Kementerian Perhubungan Luar juga ada mengeluarkan kenyataan yang menyeru Kesatuan Eropah untuk menghormati Kedaulatan Rakyat Malaysia.

5. Para menteri Barisan Nasional kini masih hidup dalam penafian walaupun para pengulas politik tanah air dan antarabangsa berkali-kali menyatakan bahawa RUU MKN berupaya menghapuskan Demokrasi Malaysia. Regim Barisan Nasional seharusnya menghormati hak rakyat untuk memilih demokrasi dan menikmati kebebasan daripada pentadbiran diktator.

6. Ia telah diakui di dalam perdebatan di atas bahawa Kesatuan Eropah tidak harus mencampuri hal-hal berkaitan kedaulatan dan juga perhubungan antarabangsa. Hal yang demikian menyebabkan sebilangan Ahli Parlimen Eropah mencadangkan agar Syarikat Multinasional Eropah ditangguhkan daripada meneruskan aktiviti ekonomi terhadap Malaysia sebagai satu bentuk tekanan bukan ancaman.

7. Di dalam perdebatan itu juga, Ahli Parlimen Eropah kelihatan menggesa Suruhanjaya Eropah dan Majlis Eropah untuk mengambil tindakan tegas seperti menggantung rundingan The Malaysia-EU FTA (MEUFTA), sehinggalah Regim Barisan Nasional mengkaji semula tindakan-tindakan mereka.

8. Bukan sahaja Malaysia sedang merudum menjadi sebuah negara autokratik, malah ia kelihatan sungguh jelas bahawa Kerajaan Barisan Nasional mahukan progres ekonomi yang kukuh tetapi memilih untuk tidak menegakkan hak asasi manusia dan demokrasi.

9. Di dalam keadaan ekonomi semasa di mana warga pekerja sedang sengsara merasai kemelut ekonomi, kita hakikatnya tidak mampu untuk berhadapan sekatan perdagangan daripada pasaran terbesar dunia, Kesatuan Eropah. Regim Barisan Nasional bukan semata-mata gagal untuk membawa perubahan, tetapi mereka juga hidup dalam penafian terhadap penindasan mereka sendiri yang dikenakan kepada Rakyat melalui urus tadbir negara. Satu-satunya cara untuk mengembalikan kedaulatan demokrasi Malaysia adalah dengan perubahan rejim.

10. Berdasarkan pandangan tersebut, Biro Perhubungan Antarabangsa DAP dan DAPSY, dengan ini:

• Menggesa kerajaan BN untuk menarik balik secara segera RUU MSN untuk mengelakkan sekatan dari mana-mana blok ekonomi, termasuk kesatuan Eropah; dan juga untuk menyelamatkan reputasi negara daripada kahancuran, dan memastikan rakyat Malaysia tidak ditimpa kesan-kesan buruk ekonomi.
• Mengakui usaha European S&D Group dan ahli-ahli Parlimen dalam melibatkan diri dengan DAP & DAPSY sejak setahun lalu
• Menyeru Parlimen Eropah dan ahli-ahlinya untuk meneruskan tekanan dalam menegakkan hak rakyat Malaysia untuk menikmati demokrasi dan hak asasi manusia
• Berterima kasih kepada ahli-ahli parlimen yang membuat rundingan dan langkah untuk mengambil resolusi tersebut yang merupakan tindakan solidariti bersama rakyat Malaysia
• Menyeru Parlimen Eropah untuk mengkaji semula cadangan sekatan perdagangan terhadap Malaysia yang bukan sahaja akan memberi kesan terhadap ekonomi Malaysia, tetapi juga menghukum keseluruhan rakyat Malaysia di atas tindakan secara individu regim Barisan Nasional
• Terus bersama-sama berpaut tangan dalam memperkukuh perhubungan dan penglibatan melalui dialog konstruktif bersama Kesatuan Eropah dan Ahli Parlimen Eropah, dalam memperkuat rakyat Malaysia untuk bersuara menentang tindakan tirani rejim seperti Bil Majlis Keselamatan Negara

[a] The Progressive Alliance adalah sebuah perikatan antarabangsa parti politik sosial demokrasi yang ditubuhkan pada 22 Mei 2013; kebanyakannya adalah ahli Socialist International. DAP dan S&D Group kedua-duanya merupakan ahli kepada Progressive Alliance.
[b] Sayap eksekutif Kesatuan Eropah
[c] Majlis Kementerian yang mewakili kerajaan Ahli Negara
[d] The Malaysia-EU FTA (MEUFTA) adalah inisiatif hubungan dua hala terkini bersama Kesatuan Eropah. MEUFTA adalah perjanjian perdagangan yang dijangka memudahkan urusan logistik barangan, perkhidmatan dan pelaburan di antara Malaysia dan Kesatuan Eropah.