Kami bersepakat menyelar tindakan serangan puak pengganas di Jakarta, dan berdiri teguh atas nama solidariti bersama-sama saudara di Indonesia yang bertarung nyawa dengan manifestasi ekstrimisme dan perlbagai bentuk ideologi radikal.
Kami mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa keganasan terorisme di Indonesia, begitu juga dengan negara-negara seperti Turki dan Burkina Faso yang menghadapi perkara yang sama. Tiada ajaran, termasuk agama Islam yang penuh kasih sayang, menyeru kepada tindakan kejam pembunuhan rakyat yang tidak bersalah, semata-mata untuk mencapai misi politik yang kotor.
Terorisme bukan sebahagian daripada mana-mana ajaran agama, kerana ia menolak konsep asas kemanusiaan. Tindakan kejam di pusat bandaraya Jakarta yang mengkorbankan dua nyawa orang awam dan mencederakan 20 orang yang lain, telah memberi tamparan hebat kepada masyarakat tentang ancaman yang dikenakan oleh puak pengganas agama, khususnya yang dipacu oleh ISIS.
Dalam kelewatan ini, Indonesia telah muncul di pentas dunia sebagai satu negara model yang mengamalkan demokrasi, pluralisme, dan nilai tolak ansur di Asia Tenggara; dan kelebihan ini, malangnya, telah menjadikan ia sasaran utama untuk puak ekstremis, yang menentang kestabilan dan demokrasi negara tersebut. Sejak pengenalan Pancasila, ia telah mengukuhkan masyarakat pluralistik dan inklusif, yang mana ia memberi satu jalan yang harmoni untuk pelbagai orang berbilang agama dan etnik untuk hidup bersama-sama.
Tidak dapat dinafikan, wujud puak ekstremis – terutamanya mereka yang berpegang kepada ideologi puritan seperti Al-Qaeda dan ISIS – yang menentang pelaksanaan legasi sekluar ini, yang mana selama ini menjadi tunggak utama keharmonian Indonesia. Akhirnya, ia menjadi satu tanggungjawab hakiki untuk Kerajaan Indonesia berjuang menentang penyebaran ekstremisme ini dan seterusnya memelihara rakyatnya demi keselamatan dan kestabilan.
Walaubagaimanapun, suatu bentuk perang yang baharu terhadap keganasan, di mana ia menjadi satu nilai pengikat kepada pelbagai komuniti antarabangsa untuk bersatu sejak daripada munculnya kekejaman ISIS, seharusnya tidak mengganggu-gugat kebebasan hakiki dan demokrasi awam. Ia seharusnya dijalankan mengikut undang-undang dan hak asasi manusia. Ia adalah suatu perkara yang penting untuk menentang keganasan dengan cara demokratik dan mengikut prosedur tertentu, jika tidak, Indonesia akan berhadapan risiko untuk jatuh ke tangan puak ekstremis.
Kita, sebagai sosial demokrat dan progresif, akan berdiri teguh bersama-sama rakyat Indonesia dalam kegawatan ini dalam menentang keganasan dan radikalisme demi mempertahankan demokrasi dan nilai pluralisme dalam masyarakat.