Thursday 13 March 2014

- Bertemu Dengan Dato Bandar Ipoh Baru



Baru siap bertemu dengan Dato Bandar Ipoh yang baru, Dato Harun. Suatu perbincangan yg produktif. Di antara topik yg dibincangkan:

Status pasar Pasir Pinji dan Pasir Putih dan keuzurannya. Saya meminta Dato Bandar untuk membuat kunjungan bersama dengan saya supaya dapat memahami secara lebih mendalam cabaran-cabaran yg dihadapi oleh pengguna dan peniaga.

Isu bekalan air persendirian untuk gerai gerai di kedua-dua pasar juga diutarakan dan permintaan para peniaga supaya kos menyambungan paip dan juga perparitan yg diperlui ditanggung oleh MBI selaku pemilik hartanah.

Kontraktor-kontraktor yg tidak berkesan, dan adanya yg tidak kerja langsung mengakhibatkan sistem penyampaian MBI dikutuk keras oleh penduduk. Ia didapati bahawa bukan saja sesetengah ahli majlis belum dilantik, tetapi sebahagian kontraktor penyelenggaraan juga belum dilantik. Saya meminta supaya usaha tender dan perlantikan disegerakan dan senarai kontraktor yg lengkap dipaparkan untuk maklumat dan rujukan semua. Saya juga meminta supaya senarai butir-butir perhubungan mereka dipanjangkan kepada pejabat saya.